Perolehan FN SCAR

Pada 25 Jun 2010 SOCOM mengumumkan bahawa ia telah membatalkan perolehan MK-16 disebabkan peruntukan yang terhad. Baki dana akan dibelanjakan bagi versi MK-17 7.62 × 51 mm dan versi sniper MK-20. FN Herstal walaupun telah menyatakan bahawa variasi 5.56mm akan disimpan oleh SOCOM, dan bahawa "pilihan di antara kaliber 5,56 dan 7,62 terpulang kepada budi bicara setiap Pemerintah Bersama USSOCOM (Contohnya,SEAL, Rangers, Army Special Forces, MARSOC, AFSOC) bergantung kepada misi khusus mereka di medan tempur hari ini. "[29] Sehingga 19 Ogos 2010 masih tiada keputusan untuk meneruskan pembelian mk-16 sebaliknya pihak SOCOM telah memutuskan untuk mendapatkan MK-17, pelancar grened 40mm MK-13 dan variasi sniper MK-20.